Jumaat, 17 Januari 2014

Harapan Baru Untuk Pesakit Jantung

Menurut kajian yang dijalankan di Amerika dan Autralia, mikropartikel yang disuntik kedalam saluran darah dalam masa 24 jam selepas serangan jantung, mampu mengurangkan kesan terhadap kerosakan pada jantung.

Daniel Getts, sarjana undangan didalam bidang mikrobiologi-imunologi di Northwestern University Feinberg School of Medicine di Chicago, dan rakan sejawatnya di University of Sydney di Australia, berkata apabila mikropartikel tadi disuntik selepas berlaku serangan jantung, kadar luka pada jantung menjadi berkurangan sehingga 50 peratus dan jantung dapat berfungsi mengepam lebih banyak darah.

"Ini adalah terapi pertama yang secara khususnya mensasarkan terhadap kerosakan yang berlaku selepas serangan jantung," kata Getts dalam satu kenyataannya. "Tidak ada terapi lain setakat ini yang boleh melakukan perkara sebegini. Ia mempunyai potensi untuk mengubah cara merawat serangan jantung serta penyakit kardiovaskular."



Mikropartikel berfungsi dengan mengikat sel-sel yang rosak dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kes kematian akibat serangan jantung.

Partikel ini diperbuat daripada asid poly lactic-co-glycolic, iaitu satu bahan yang berbentuk bioserasi dan bioterurai yang telah diluluskan penggunaanya oleh FDA untuk digunakan sebagai bahan jahitan diserap semula. Saiz mikropartikel ini adalah 500 nanometer, iaitu bersamaan 1/200 daripada saiz rambut.

Hasil daripada kajian para saintis menunjukkan mikropartikel dapat mengurangkan kerosakan tisu dan dapat merawat pelbagai penyakit radang yang lain sepert virus west nile, kolitis, penyakit keradangan usus, sklerosis dan peritonitis - dapat memperbaiki tisu nipis pada dinding dalaman abdomen serta dapat meliputi kebanyakan organ-organ abdomen.

Penemuan ini begitu menggalakkan sekali, para saintis tadi telah bekerjasama dengan sebuah syarikat bioteknologi, Cour Farmaseutikal Development Co, untuk menghasilkan microparticles yang lebih halus mereka berharap ia dapat dijadikan sebagai percubaan klinikal bagi masalah serangan jantung dalam tempoh dua tahun lagi.

Teknik Terkini: Bagi Merawat Penyakit Sakit Jantung
Sebagai rakyat Malaysia kita sungguh beruntung sekali kerana kini terdapat satu produk yang dapat memformat semula 'stem cell' didalam tubuh supaya dapat menghasilkan sel-sel baru bagi merawat sakit jantung,

Produk yang diberi nama sebagai RxCrystal ini merupakan hasil ciptaan sekumpulan saintis tempatan. Apa yang menariknya ia tidak menggunakan sebarang bahan berkimia. RxCrystal mampu mengurangkan kadar kolestrol, mengurangkan tekanan darah serta mampu membaik-pulih sel-sel pada jantung.

Anda boleh dapatkan maklumat lengkap tentang RxCrystal ini di www.KristalPenawar.com. Dengan bantuan RxCrystal, masalah yang berkaitan dengan penyakit jantung tadi dapat dirawat sepenuhnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan