Berjuta-juta orang kini lebih beralih kepada ubat-ubatan yang berasaskan dadah untuk melegakan kesakitan apabila mengalami sakit kepala, sakit-sakit kecil dan sakit yang lain. Sesetengah kes yang lain pula, mereka telah dibekalkan dengan ubatan moden yang berkimia, bahkan (di negara tertentu) telah beralih kepada ganja sebagai bahan perubatan untuk melegakan kesakitan. Bagaimanapun setiap ubat mampu memberikan risiko terhadap masalah kesihatan yang lain. Berikut adalah panduan yang paling biasa digunakan didalam ubat-ubatan bagi melegakan kesakitan.
Aspirin
Aspirin adalah salah satu ubat penahan sakit yang murah dan tertua dikeluarkan di pasaran. Ahli sains kelahiran Jerman, Felix Hoffman telah mencipta dan mempopularkan apa yang kemudian dikenali sebagai asid acetylsalicylic pada tahun 1899 untuk membantu meringankan sakit artritis ayahnya. Hari ini, ia digunakan untuk melegakan sakit kecil dan sakit kepala. Ia berfungsi dengan mengurangkan unsur-unsur didalam badan yang menyebabkan keradangan dan demam.
Doktor juga memberitahu beberapa orang dewasa untuk mengambil aspirin setiap hari untuk membantu mencegah serangan jantung atau strok. Individu yang mengalami pendarahan seperti ulser atau masalah kardiovaskular seperti asma sering dinasihatkan untuk mengambil ubat-ubatan penahan sakit yang lain. Ini boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk. Sesetengah rakyat Amerika juga alah kepada aspirin. Penduduk Amerika mengambil lebih daripada 15 bilion tablet aspirin setahun.
Ibuprofen
Ibuprofen jatuh ke dalam kelas ubat yang dikenali sebagai NSAID (ubat anti-radang bukan steroid). Biasanya dijual di bawah jenama seperti Motrin atau Advil. Ia digunakan untuk merawat sakit kecil dan mengurangkan demam. Ia mungkin diberikan didalam dos yang kuat. Ia datang dalam bentuk tablet dan juga dalam bentuk tablet kunyah, cecair dan titisan cecair pekat.
Individu yang mengambil NSAID mungkin mempunyai risiko serangan jantung yang lebih tinggi atau strok, berbanding mereka yang tidak menggunakannya, menurut Institut Kesihatan Kebangsaan. Ubat ini juga boleh menyebabkan ulser, pendarahan atau lubang di dalam perut dan usus bagi sesetengah individu. Risiko yang mungkin lebih tinggi jika anda mengambil NSAID untuk jangka masa yang lama, bagi orang-orang tua atau tidak mempunyai kesihatan yang baik dan kuat meminum minuman beralkohol.
Acetaminophen
Sebatian ini boleh meredakan keradangan otot kecil, sakit belakang, sakit gigi dan sakit sendi serta mengurangkan demam. Biasanya dijual dibawah jenama seperti Tylenol, Liquiprin dan Panadol. Ia berfungsi dengan mengawal bahagian otak anda yang mengawal suhu badan anda dan menghalang sintesis prostaglandin dalam sistem saraf pusat.
Individu yang tidak boleh mengambil aspirin sering mengambil Acetaminophen kerana ia adalah kurang berkemungkinan untuk mencederakan perut dan tidak memberi apa-apa kesan untuk meringankan keradangan. Mereka yang mempunyai penyakit hati dinasihatkan supaya tidak mengambilnya. Acetaminophen juga digunakan dalam ubat-ubatan lain. Terlalu banyak menggunakan ubat ini boleh menyebabkan ruam, kegagalan hati dan kematian.
Marijuana
Banyak negara kini telah membenarkan Marijuana digunakan sebagai bahan pelega sakit. Doktor (dinegara-negara tertentu) boleh menetapkan ia untuk digunakan bagi meringankan kesakitan kronik yang datang dari arthritis, migrain, penyakit crohn ataupun pelbagai penyakit lagi, dimana ubat-ubatan lain telah gagal mengubatinya. Ia berfungsi dengan menyekat sensasi kesakitan yang dirasai oleh saraf periferal.
Cannabinoids dalam ganja mengikat kepada reseptor endocannabinoid seluruh badan dan boleh mengurangkan kesakitan. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa ia juga boleh memperlahankan perkembangan kanser dan meningkatkan selera makan. Dua puluh negeri di Amerika dan District of Columbia telah membenarkan penggunaan Marijuana, kebanyakannya untuk tujuan perubatan.
Fentanyl
Fentanyl adalah ubat kesakitan preskripsi sahaja. Ia sering diberikan kepada pesakit kanser. Mereka mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk mengambil, atau sekurang-kurangnya 16 untuk lozenges dibawah jenama Actiq, dan mereka juga perlu mengambil dos yang tetap dan perlu digunakan dengan ubat-ubatan bernarkotik. Pesakit juga perlu biasa dengan kesan narkotik. Fentanyl sendiri adalah narkotik dan mengubah cara otak dan sistem saraf bertindak balas terhadap kesakitan, menurut Institut Kesihatan Kebangsaan.
Ubat ini datang dalam bentuk lozenge, pil yang diletak dibawah lidah, filem dan tablet, serta ada juga dalam bentuk suntikan. Ia direka bagi mengubati penyakit jenis yang tidak dijangka dan tidak boleh digunakan lebih daripada empat kali sehari. Penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan mengantuk, pening, kekeliruan, masalah pernafasan atau pupil mata menjadi lebih kecil.
Morfin
Pesakit yang mengambil morfin untuk kesakitan yang dikategorikan sebagai sederhana dan juga untuk sakit yang teruk. Ia adalah candu (narkotik) analgesik dengan mengubah cara otak dan sistem saraf bertindak balas terhadap kesakitan. Ia sering dikeluarkan dalam bentuk tablet dan larutan yang perlu diambil setiap empat jam, seperti mana yang ditetapkan.
Morfin juga boleh didapati sebagai suntikan morfin sulfat, kerana ditambah kepada cecair IV yang menitis melalui jarum, atau disuntik terus pada otot-otot yang besar. Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, penggunaan morfin secara berlebihan boleh menyebabkan kesan yang serius seperti masalah pernafasan, tidak sedar diri, mengantuk, denyutan jantung perlahan, penglihatan kabur, loya dan pengsan.
Propofol
Propofol, juga dikenali sebagai Diprivan. Ia menjadi terkenal apabila bintang pop Michael Jackson meninggal dunia selepas 'overdosing' menggunakannya sebagai alat bantu tidur. Dadah ini biasanya digunakan oleh profesional perubatan untuk tujuan anestetik, seperti apabila seseorang pesakit menjalani pembedahan. Ia tidak diluluskan untuk merawat gangguan tidur, menurut FDA. Ubat itu sendiri tidak memberikan kelegaan kesakitan tetapi menyebabkan tidak sedarkan diri pesakit. Pesakit bangun serta-merta selepas infusi dihentikan, kata pakar.
Menurut Blog Kesihatan Harvard, Propofol mampu merendahkan tekanan darah dan menyekat pernafasan. Jadi fungsi jantung pesakit dan pernafasan perlu dipantau secara berterusan. Sejak kebelakangan ini, penyalahgunaan Propofol di kalangan pakar perubatan telah menjadi isu yang membimbangkan.
Penemuan Baru Didalam Rawatan 'Stem Cell'
Tahukah anda berapa kos yang diperlukan bagi menjalani rawatan 'stem cell'? Anda memerlukan sekurang-kurangnya RM30,000~RM100,000 bagi menjalani rawatan stem cell. Melalui rawatan stem cell yang serba moden ini, ia dapat menggantikan sel-sel yang bermasalah (rosak, tercemar dan sebagainya) dengan sel-sel baru yang sihat bagi merawat penyakit yang anda hadapi.
Baru-baru ini, sepasukan saintis tempatan telah menemui satu formula bagi menghasilkan produk yang berasaskan Garam, Gula dan Air Suling bagi membantu merawat pelbagai penyakit kronik. Produk yang dinamakan sebagai RxCrystal ini, adalah selamat digunakan kerana ia tidak menggunakan sebarang bahan berkimia. Ia mampu memformat semula stem cell didalam tubuh untuk menghasilkan sel-sel yang sihat bagi menggantikan sel-sel yang telah rosak (berpenyakit).
Walau pun RxCrystal baru berada dipasaran pada bulan Jun 2013, setakat ini ia telah membantu pelbagai penyakit antaranya Kanser, Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Kolestrol Tinggi, Kencing Manis, Artritis, Angin Ahmar, Asma, Penyakit Kulit, Sakit Sendi, Pasca Pembedahan, Gout, Rheumatoid, Batu Karang, Masalah Paru-paru, Gastrik, Migrain, SLE, Tekanan Emosi, Insomnia, Resah, Ketagihan dan banyak lagi.
Anda boleh dapatkan maklumat lengkap berkenaan RxCrystal dan bagaimana ia mampu membantu mengatasi masalah kesihatan anda di www.KristalPenawar.com. Dengan penggunaan RxCrystal bagi merawat masalah kesihatan, kini anda tidak perlu risau lagi tentang kesan sampingan akibat penggunaan ubat-ubatan yang berkimia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan