Kini para saintis percaya bahawa hanya dengan melihat pada jari tangan lelaki, ia sudah dapat memberikan petunjuk bahawa lelaki tersebut mempunyai risiko Kanser Prostat ataupun Barah Prostat yang tinggi ataupun sebaliknya.Lelaki yang mempunyai jari telunjuk yang lebih panjang berbanding jari manisnya, kurang berisiko untuk mengidap Kanser Prostat.
Saintis mendapati, akibat daripada kurang terdedah kepada hormon seks testosteron didalam perut, ia menyebabkan jari telunjuk menjadi lebih panjang dan ini juga dapat melindungi daripada kanser prostat.
Penyelidik telah membuat penemuan itu selepas menganalisis 1500 pesakit kanser prostat serta kira-kira lebih kurang 3000 individu yang sihat.
Para peserta telah ditunjukkan beberapa gambar jari yang berbeza dan diminta untuk mengenal pasti satu yang paling serupa dengan tangan kanan mereka sendiri. Hasilnya, lebih separuh lelaki dalam kajian ini mempunyai jari telunjuk yang lebih pendek daripada jari manis mereka.
Kadar pengidap kanser prostat di kalangan kumpulan peserta ini adalah kira-kira sama dengan kadar di kalangan lelaki yang jarinya (jari telunjuk dan jari manis) adalah sama panjang. Dimana peratusan peserta yang mempunyai jari yang sama panjang ini yang terdiri 19 peratus.
Tetapi risiko mengidap barah prostat bagi lelaki yang mempunyai jari telunjuk lebih panjang daripada jari manis mereka telah dikurangkan sebanyak 33 peratus. Pola ini lebih ketara di kalangan lelaki yang berumur 60 dan ke atas. Mereka adalah 87 peratus kurang berkemungkinan mengidap kanser prostat jika mereka mempunyai jari telunjuk yang lebih panjang.
Profesor Ros Eeles, dari Institut Penyelidikan Kanser di UK, yang telah menjalankan kajian itu, berkata:"Ini merupakan satu penemuan menarik yang bermakna pola panjang jari kemungkinan berkemungkinan dapat digunakan untuk memilih lelaki yang berisiko bagi membolehkan pemeriksaan yang berterusan dapat dibuat, mungkin juga ia boleh digabungan dengan faktor-faktor lain seperti sejarah pengidap kanser prostat dalam keluarga."
Emma Halls, dari Badan Amal Prostat British, mengatakan penelitian itu merupakan satu langkah untuk membantu menentukan faktor risiko bagi pesakit barah prostat. Dimana kajian sebelum ini telah mendapati wanita dengan jari telunjuk yang lebih panjang mempunyai risiko yang lebih tinggi bagi mengidap kanser payudara.
Penemuan Terkini Bagi Merawat Pesakit Kanser
Baru-baru ini, Prof. Dato' Dr Noordin Darus bersama sekumpulan saintis tempatan telah menemui satu formula bagi merawat kanser. Produk yang diberi nama RxCrystal ini dapat membantu merawat Kanser prostat, Kanser Payudara, Kanser kolon dan rektum, Kanser paru-paru, Kanser otak, Kanser pankreas, Kanser tiroid , ini termasuklah Lymphoma, Leukemia dan pelbagai lagi.
Apa yang menariknya, RxCrystal tidak menggunakan sebarang bahan berkimia. Sebaliknya ia hanya menggunakan Garam, Gula dan Air Suling disamping formula matematik yang unik didalam proses penghasilannya. Anda boleh layari KristalPenawar.com bagi mengetahui lebih lanjut mengenai produk RxCrystal dan bagaimana ia dapat membantu memformat semula 'stem cell' anda bagi merawat penyakit kanser tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan